Monday, November 10, 2008

Kerana Esok Bahasa Melayu.

SPM bermula esok dan aku berasa bingung. Bingung kerana aku masih boleh duduk di depan komputerku dan bukannya sedang menghafal Sejarah. KOMSAS aku entahlah hilang ke mana. Hancur masa depanku kalau aku masih bersikap demikian. Dahlah rakan-rakanku asyik menghantar SMS untuk mengucapkan "Selamat Berjaya" tetapi aku masih tidak serik lagi.

Bacalah buku, py, baca. Ilmu pelita hidup. Nak mampus ke? Aduhai. Punca penderitaanku sekarang bukannya SPM, tetapi Sejarah.

No comments: